Tuesday, October 24, 2017

APPLE SEDANG SIASAT DAKWAAN BATERI iPHONE 8 'MENGGELEMBUNG'




Kes terbaharu dimana peranti iPhone didakwa terbuka akibat bateri yang 'menggelembung' telah dilaporkan oleh media milik kerajaan China, pasaran terbesar bagi telefon pintar.

Menurut laporan Reuters, Apple sedang menyiasat beberapa kes yang serupa di Taiwan dan Jepun dimana bateri untuk model iPhone 8 Plus yang baharu dilancarkan didakwa menggelembung dan menyebabkan peranti berkenaan terbuka.

Pada Khamis, portal ThePaper.cn milik kerajaan China menemuramah seorang pemilik iPhone 8 Plus yang dikenali sebagai Liu yang berkata beliau telah membeli peranti berkenaan pada 5 Oktober lepas.

Liu memberitahu portal berkenan bahawa beliau membeli peranti berkenaan dari sebuah laman web atas talian dan peranti berkenaan disedari dalam keadaan retak ketika membukanya.

Bagaimanapun peranti berkenaan kata Liu tidak menunjukkan sebarang tanda telah meletup.

Susulan itu beliau mengambil keputusan untuk tidak mengecas peranti berkenaan dan mengembalikannya kepada pihak penjual.

Seorang jurucakap syarikat Apple berkata kes berkenaan kini dalam siasatan namun enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung dakwaan itu.

Wednesday, October 18, 2017

TELEFON PINTAR HUAWEI MAMPU BERSAING DENGAN TELEFON PINTAR APPLE DAN SAMSUNG


Syarikat gergasi elektronik China, Huawei bakal melancarkan telefon bimbit terbaharunya bulan hadapan yang antara lain akan menggunakan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI) dengan harapan menjadi pemain utama industri telefon bimbit dunia.

Ketua Eksekutif Peniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu pada Sabtu berkata syarikatnya optimis bahawa cip Kirin 970 yang merupakan cip telefon bimbit berkuasa tinggi baharu bagi peranti Mate 10 dan Mate 10 plus akan memberikan penggunanya kadar pemprosesan yang lebih laju dan penggunaan tenaga bateri yang lebih rendah.

Cip Kirin 970 dijangka mampu boleh memelihara hayat bateri pada telefon sehingga 50 peratus lebih lama.

Yu, bagaimanapun tidak mendedahkan ciri-ciri telefon baru tersebut, tetapi beberapa blog teknologi menjangkakan ia menampilkan paparan skrin penuh bersaiz lebih 6 inci.

Katanya, cip AI baru ini dapat menarik minat pengguna selain mewujudkan pengalaman yang lebih bersifat peribadi.

Yu memberi contoh bahawa AI membolehkan penterjemahan bahasa dalam masa nyata, pemerhatian arahan suara, dan memberi kelebihan melalui ‘augmented reality’ (AR).

Beliau optimis kelajuan dan kuasa cip Kirin 970 akan memberikan kelebihan kepada model telefon bimbit itu berbanding Apple iPhone 8 yang dijangka dilancarkan pada September serta beberapa model Samsung yang akan dilancarkan tahun ini.

Huawei merupakan pengeluar telefon pintar ketiga di dunia selepas Samsung dan Apple.

Mate 10 dan Mate 10 plus akan dilancarkan di Munich pada Oktober 16.

Wednesday, October 11, 2017

HARGA SAMSUNG GALAXY NOTE 8 DI PASARAN MALAYSIA



Syarikat gergasi teknologi Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan peranti elektroniknya yang terbaharu iaitu Samsung Galaxy Note 8 yang menjanjikan kepuasan maksimum kepada penggunanya melalui inovasi terbaharu daripada segi kamera dan sistemnya.

Ketua Perniagaan IM, SME Liew Kian Meng berkata Galaxy Note 8 tampil dengan dwi-kamera yang terbaik dalam kelasnya dan ia merupakan peranti berfungsi mengikut kaedah kehidupan harian.

"Ia memiliki reka bentuk paparan inovatif dan teknologi terkini serta pelbagai aksesori yang berguna," katanya ketika majlis pelancaran Galaxy Note 8 di pusat beli-belah Pavilion, di sini, hari ini.

Galaxy Note 8 memiliki paparan lebih besar berbanding siri Note terdahulu, namun ia kekal nipis untuk lebih keselesaan ketika dipegang dengan sebelah tangan.

"Ia memiliki paparan Infiniti bersaiz 6.3 inci Quad HD Super AMOLED membolehkan pengguna melihat tanpa perlu menggerakkan paparan teks lebih kerap," tambah Liew.

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut, artis Korea yang popular dengan rancangan televisyen genre permainan komedi, Running Man iaitu Song Ji-Hyo.

Galaxy Note 8 dijana lensa dwi-kamera bersaiz 12 mega piksel (MP) dengan Pengimbang Imej Optikal (OIS) pada kedua-dua lensa luas dan telefoto.

Fungsi S Pen yang dipertingkatkan akan memberikan pengalaman baharu untuk menulis, melukis dan berinteraksi dengan rakan-rakan.

"Ia memiliki titik lebih halus, sensitivi tekanan lebih baik serta ciri-ciri yang membolehkan pengguna menzahirkan diri mereka yang tidak mampu ditawarkan oleh mana-mana peranti pintar lain," kata Liew.

Selain rekaan pengimbas cap jari yang dikemas kini, peranti Samsung Galaxy Note 8 ini juga mensajikan RAM berkapasiti 6GB serta pengimbas muka dan iris.

Ciri-ciri utama lain yang dibawa Galaxy Note 8 termasuk kalis air dan habuk (IP68) serta fungsi pengecasan pantas tanpa wayar.

Samsung Galaxy Note 8 mula dijual pada Khamis dengan harga RM3,999.

Bermula 21 hingga 24 September 2017, pembeli terawal akan diberi Gear VR bernilai RM499 secara percuma dan pelindung skrin telefon berharga RM149.

Galaxy Note 8 boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold.