Thursday, September 14, 2017

HARGA APPLE iPHONE X DI MALAYSIA


Tiada butang 'home' dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian 'neural' manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

iPhone X menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif.

Skrinnya pula penuh di depan seakan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci. Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel.

Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.

Dwi kamera dengan lensa f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

Akan dijual pada harga anggaran bermula RM4,299, iPhone X ditawarkan dengan kapasiti minimum 64GB.

Dalam pada itu Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapati melalui warna perak (silver), kelabu (space grey) dan emas ros (rose gold).

Dwi kamera baru beresolusi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan 'multiband noise' pada perkakasan.

Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan anda memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya 'filter'.

Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7.

Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.

iPhone 8 bermula pada harga anggaran RM3,099 manakala iPhone 8 Plus pula bermula pada harga RM3,499. Kapasiti storan daripada 64GB hingga 256GB.

Tempahan boleh dilakukan bermula 15 September namun Malaysia bukan antara negara terawal menerimanya.

Friday, September 1, 2017

SAMSUNG MALAYSIA BAKAL LANCAR GALAXY NOTE 8 MINGGU DEPAN


Minggu depan, Samsung Malaysia bakal melancarkan Galaxy Note8 secara rasmi dengan harga RM3,999.

Meskipun ramai yang mengatakan angka terbabit tinggi namun jika anda mahukan tahap efisien disambung bersama ciri multimedia yang hebat (maksud penulis bukan sekadar bermain Mobile Legends), ia pasti gajet pilihan 2017!

Jom kita lihat siri reviu secara eksklusif untuk Galaxy Note8 ini.

Penguji jelas mengenai apa yang anda peroleh dengan nilai terbabit. Pertama, keupayaan menulis menggunakan S-Pen pada permukaan skrin tanpa perlu mengaktifkan telefon.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengeluarkan pen dari bahagian bawah telefon dan mula menaip di atas paparan berwarna hitam sehingga 100 muka surat. Setakat ini, penguji hanya mampu menaip sehingga 30 muka surat saja iaitu draf sebuah novel.

Lagipun, kalau anda kerap menjadikan tandas sebagai ‘pusat mengembangkan idea’ boleh menaipnya pada skrin kerana dalam keadaan basah sekalipun, ia masih beroperasi dan S-Pen masih boleh digunakan.

Fungsi S-Pen saja sudah banyak yang boleh diteroka. Screen Write misalnya membolehkan anda menulis di atas skrin.

Misalnya, jika anda sedang bekerja dan individu lain menghantar fail, anda boleh mengaktifkan S-Pen dan membetulkan kesalahan misalnya membulatkan teks atau gambar tertentu.

Ya, jika anda pemilik butik, pereka grafik, akauntan dan macam-macam jenis pekerjaan lain pun boleh memanfaatkan fungsi ini dengan hebat.

Kemudian, ada pula Smart Select. Pilih ikon ini selepas mengaktifkan S-Pen kemudian lakukan ‘cut and paste’ imej dan gabungkannya ke mana-mana gambar lain.

Misalnya, penguji memotong imej logo dan kemudian menampalnya ke atas slaid persembahan untuk tujuan kerja, lebih mudah berbanding membuka Photoshop atau menggunakan PowerPoint.

Apabila bercakap mengenai ‘sharpness’ S-Pen ini, ia memungkinkan anda melukis hingga ke butiran yang sangat jelas seakan apa anda pegang itu bukanlah S-Pen tapi pensil biasa dengan contengan di atas kertas.

Imejnya sangat terperinci dan peka.

Keluarkan S-Pen dan memo, lukis saja di permukaan dan garis digital akan keluar selari dengan pergerakan tangan anda.

Hanya dengan S-Pen saja, habis reviu ringkas setakat ini.

Penguji akan menyambung mengenai spesifikasi lain dalam siri reviu akan datang.